Filemografi Nayanthara

Nayanthara ialah seorang pelakon wanita India yang dikenali dengan kerjayanya di Industri Perfileman India Selatan.[1] Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Malayalam arahan Sathyan Anthikad Manassinakkare pada 2003, kejayaan kewangan yang membantunya lebih banyak tawaran berlakon. Beliau mengikutinya dengan dua filem Malayalam lainn pada tahun berikutnya Natturajavu arahan Shaji Kailas, dan filem thriler psikologi arahan Fazil Vismayathumbathu. Penampilan pertama Nayanthara dalam sebuah filem bukan bahasa Malayalam ialah filem bahasa Tamil oleh Hari Ayya, yang dikleuarkan pada 2005. Ketika masih menjalani penggambaran untuk filem tersebut, beliau berlakon dalam satu lagi filem Tamil Chandramukhi, selepas isteri pengarah P. Vasu menonton Manassinakkare dan memujinya. Filem ini ditayangkan selama lebih dari 800 hari di layar lebar, kemudian menjadikan Nayanthara menjadi salah seorang pelakon wanita berbahasa Tamil paling berjaya. Kemudian, beliau muncuk dalam Ghajini karya AR Murgadoss, yang juga meraih kejayaan komersial terbesar.[2]

Nayanthara membuat penampilan pertamanya di pawagam Telugu dengan Lakshmi pada 2006, dan diikuti oleh satu lagi filem Telugu, Boss pada tahun yang sama. Beliau muncul dalam empat filem Tamil pada tahun tersebut: Kalvanin Kadhali,[2] Vallavan, Thalaimagan dan E. Nayanthara menerima pujian atas penampilannya dalam filem Billa (2007).[3] Mengulas kejayaan filem tersebut, Sify menyebutnya "ratu kemewahan dari pawagam Tamil".[4] Filem lakonannya pada 2008 Yaaradi Nee Mohini ialah satu-satunya filem beliau paling berjaya sebagai pelakon utama pada tahun tersebut.[5] Beliau berlakon dalam tiga filem pada 2009: Villu, Anjaneyulu dan Aadhavan. Pada tahun 2010, semua filem lakonannya yang menampilkannya sebagai pelakon wanita utama, meraih kejayaan komersial: beliau muncul dalam empat filem bahasa selatan – Adhurs (Telugu) Bodyguard (Malayalam), Simha (Telugu), Boss Engira Bhaskaran (Tamil) dan Super, yang menandakan penampilan pertamanya dalam pawagam Kannada. Penampilannya dalam Simha, Boss Engira Bhaskaran dan Super kemudian melayakkan beliau menerima pencalonan untuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam bahasa masing-masing.[6]

Pada tahun 2011, Nayanthara memegang watak Sita dalam Sri Rama Rajyam, berdasarkan pada sebuah kisah epik Hindu Ramayana, yang melayakkan beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam bahasa Telugu. Persembahannya dalam Krishnam Vande Jagadgurum (2012) melayakkan beliau menerima satu lagi pencalonan dalam kategori sama. Beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam bahasa Tamil untuk filem Raja Rani (2013)[7] dan Naanum Rowdy Dhaan (2015),[8] dan dicalonkan untuk anugerah sama untuk Iru Mugan (2016).[9]

  1. ^ "Nayanthara". Rotten Tomatoes. Dicapai pada 25 March 2017.
  2. ^ a b Pillai, Sreedhar (1 July 2006). "Plain Jane turns star". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-04. Dicapai pada 4 April 2017.
  3. ^ ""I have not done a smooching scene": Nayan". Sify. 29 December 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 3 April 2017.
  4. ^ "Billa hits a century!". Sify. 22 March 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 3 April 2017.
  5. ^ Pillai, Sreedhar (2008). "Looking back". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-04. Dicapai pada 4 April 2017.
  6. ^ "Best in the south from 2010". Post. South Africa. 29 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2017. Dicapai pada 3 April 2017.
  7. ^ "IN PICS: 61st Filmfare Awards (South) Tamil winners list 2013". The Times of India. Dicapai pada 9 May 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ "Winners of the 63rd Britannia Filmfare Awards (South)". filmfare.com. Dicapai pada 9 May 2017.
  9. ^ "Filmfare Awards South 2017 Tamil Nominations | Filmfare". filmfare.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-28.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy